Modenas Kriss 110
kriss 110 |
Daya kilas: 9.3 N-m (0.95 kgf-m) @ 4,000 rpm
Jenis enjin: SOHC 2 injap 4 lejang satu silinder, sejukan udara
Sesaran: 111 cc
Lubang x lejang: 53 x 50.6 mm
Nisbah mampatan: 9.0:1
Kapasiti tangki minyak: 4.3 L
Berat kering: Lebih kurang 100 kg
Transmisi: 4 kelajuan dengan klac emparan automatik
Kelajuan maksimum: Sekitar 120 km/j
Modenas Kriss adalah model pertama yang dilancarkan oleh Modenas pada tahun 1996. Ia mula dipaparkan kepada umum semasa perarakan Hari Kebangsaan pada tahun 1996 dan mula dikeluarkan pada akhir tahun tersebut. Model asal hanya menggunakan brek gelendong, tetapi pada tahun 1999 model brek cakera hadapan telah dilancarkan, dikenali sebagai Kriss 2 (atau Kriss 115 Sports di sesetengah negara). Digerakkan oleh enjin 111 cc yang dibangunkan oleh Kawasaki, Modenas Kriss menjadi model motosikal paling laris di Malaysia.
Satu lagi varian Kriss iaitu Kriss SG dilancarkan pada tahun 2002. Walau bagaimanapun, tidak seperti varian Kriss yang lain, varian ini tidak begitu laris disebabkan oleh rekabentuknya yang agak ketinggalan zaman.
Semua varian Kriss menjalani perubahan kosmetik yang ketara pada tahun 2003 melibatkan lampu-lampu untuk memberi rekabentuk yang lebih baru dan lebih baik.
Banyak lagi info akan datang, seterusnya mengenai kriss 100 pula,kepada yang ingin tahu nantikannya,sila komen dan jadi kami punya follower disebelah kanan anda,sebagai tanda anda suka post dan blog ini,